Tuesday, September 22, 2009

Eid Mubarak 1430H

20th September 2009 @ first syawal 1430 hijrah

1. This is first time for me and wife away from parents.

2. Today is Ayang birthday. Happy Birthday sweetheart.

3. First time beraya di Doha, Qatar.

Suasana beraya di Qatar tak lah semeriah suasana raya di Malaysia, namun dengan bertambahnya bilangan warga Malaysia, suasana tentunya akan bertambah meriah dengan adat kunjung mengunjung sesama rakan taulan.

Masakan wajib di pagi raya juga tak ketinggalan, dengan ketupat nasi himpit, rendang dan lemang oven, menyerikan suasana.

Pagi raya seperti biasa solat sunat eid di embassy. Suasana macam kat Malaysia bila semua berbaju melayu dan kurung beraneka warna. Selepas solat semua bersalaman mengucap salam sesama rakan2.

Di sekitar Doha kelihatan orang ramai berkumpul di masjid dan juga di tanah lapang mengerjakan solat sunat eid. Begitu meriah. Sehinggakan aku tidak merasakan begitu terasing dengan keluarga di Malaysia.



Sunday, September 13, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan tahun ni terasa begitu pantas sekali, tup2 dah penghujung. Sebelum Ramadhan hati ragu2, was2, rasa cabaran mesti beratnya ni ... dah la musim panas, pastu siang panjang pulak tu, kena puasa 14 jam. Tapi bila dah lalui, terasa mudahnya.

Anak2 pun selamba je. Lepas 2 minggu diorang siap boleh pergi sekolah lagi, selepas 2 bulan bercuti. Hari pertama diorang semua seronok, naik bas tak tidur pun, walaupun malam tadi diorang bangun awal untuk bangun sahur.

Di tempat kerja pun terasa kemesraan antara kaum/bangsa bertambah rapat bila berbuka dan bertarawih bersama2.

Pada tahun ni kami berniaga di Bazaar Ramadhan MAQ setiap Jumaat. Komuniti Al Haya rasanya paling meriah kerana kepelbagaian menu dan ramai "towkey", Pn Nojie dengan frozen food, nasi paprik, kuih rayanya. Pn Noreen dgn nasi kerabu dan kuih muih nya. Pn Ida dgn kuih gulung, kuih ondeh2nya. Pn Syam dgn kebab, sate, sotonya dan Pn Aisyah dgn Air soya nya, tk lupa juga Pn Aya dgn karipap dan tapainya. Menu nya memang banyak, malahan pada minggu pertama tu Aisyah siap jual kicap lagi. Masing2 tersenyum puas hati bila barang2 kebanyakan nya habis di jual. Tapi yang lebih pentingnya kami dapat mengeratkan silaturahim sesama umat. Sebelum berniaga pun telah saya suarakan pada Ayang bahawa keuntungan tk penting, yg penting dapat beramal dgn menyediakan masakan Malaysia di bumi Qatar yg 5 ribu km jauhnya dari Malaysia. Dapat juga mengubat rindu orang2 "bujang" di Qatar ni yg berkorban meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki.

Bazar Ramadhan ni pun salah satu acara mengumpulkan rakyat Malaysia, bermesra dan berkenal2an. Tahniah atas usaha Malaysian Association of Qatar.

Bulan Ramadhan ini juga saya dan isteri meraikan ulangtahun ke 12 perkahwinan. Kami keluar makan di Hotel Holiday Villa milik rakyat Malaysia. Harga makanan tak usah cerita lah, inilah harga yang paling mahal seumur hidup kami. Sekali setahun, tak pa lah untuk menyambut ulangtahun, lagipun isteri yang belanja kerana dapat duit berniaga di Bazar Ramadhan.
Tak lama lagi habis dah Ramadhan, akan berlalu lah bulan yang penuh rahmat. Apa pun Alhamdulillah kali ni aku dan keluarga amat bersyukur kerana dilindungi Allah dengan kesihatan dan hidayah. Aminnn