Saturday, May 18, 2013

Pulang Mengundi untuk PRU13

Alhamdulillah, selamat saya dan isteri mengundi di tanahair, kami bertiga sahaja pulang, termasuk anak bangsu saya, manakala Abang Long dan Aina tinggal. Kami pulang pun sekejap aje, 3 hari 2 malam aje di tanahair, tk masuk penerbangan pergi balik. Saya memang sengaja tak ambil cuti panjang kerana ada plan bulan 6 nanti dan plan balik raya, InsyaAllah.

Saya sengaja tak mahu mendaftar sebagai pengundi luar negara iaitu undi Pos kerana saya tidak percaya dengan SPR (maaf cakap ... sistem PENIPU) . Apa pun saya dapat menunaikan tanggungjawab saya walaupun tempat saya tu PR kalah, tapi setiap undi itu sebenarnya berharga. Setiap undi itu akan masuk dalam statistik dan juga kali ni PR menang undi popular iaitu 51% berbanding 46% . Namun BN menang dengan jumlah kerusi Parlimen yang di menangi iaitu 133 berbanding 89.

Apa pun rakyat telah memilih, kita kena redho walaupun cara menang itu kontroversi tapi BN nak sangat kuasa , ambik lah ... pandai pandai lah kau tadbir negara, jangan menyusahkan rakyat sudahlah sebab negara aku Malaysia tercinta tu sungguh kaya dan tiada bala bencana ...

Seronok juga dapat pulang bercuti setiap masa tu sungguh bernilai dan dimanfaatkan sepenuhnya. Jumpa orang tua yang paling utama, kemudian membeli barang barang rare yg susah nk dapat di Qatar. InsyaAllah jumpa lagi di PRU14 wahai kertas undi.












PEACE .... walau apa pun pegangan politik kita, Islam mesti di beri keutamaan , solat dan zakat jangan tinggal ... dan setiap pilihan orang kita kena hormati ...

No comments: