Sunday, December 15, 2013

Kerja kerja kemasyarakatan

Kenapa kita perlukan aktiviti kemasyarakatan?
  1. Kerana untuk mengeratkan silaturahim berkenalan dan tolong menolong dikala kesusahan
  2. Untuk membentuk masyarakat yang terhindar dari budaya tidak sihat, contoh kita ada anak dan anak kita berkawan dengan anak anak dari kalangan masyarakat kita juga, oleh itu kita perlu juga mendidik masyarakat melalui pergaulan yang terbatas di bentengi oleh budaya ketimuran dan kemelayuan.
   3. Jika kita tidak isi dengan roh kebaikan maka akan diisi pula roh kejahatan seperti umpat mengumpat, kata mengata, keji mengkeji, persepsi tk baik akan berkembang akibat tidak mengenali hati budi masing masing.
   4. Masyarakat yang kuat puya pengaruh yang kuat. Contoh apabila masyarakat islam kuat, secara otomatis orang disekeliling kita akan lebih islamik.

Cabaran-cabaran yang dihadapi;
   1. Tak ramai yang sukarela membuang masa tiada keuntungan melakukan dan merancang aktiviti kemasyarakan.
   2. Bukan semua orang memahami dan bersimpati dengan apa yang kita lakukan.
    3. Semangat yang kadang kala turun dan naik.
    4. Tak semua orang boleh bekerjasama dalam satu pasukan.
     5. Personal Ego
    6. Asas persefahaman yang baik antara ahli, contoh ada ahli suka karaoke dan tarian, ada ahli tidak suka.

Oleh itu hormat kepada orang lain adalah penting.

Cara merialisasikan Masyarakat contoh;
   1. Hormat menghormati
   2. Berusaha kearah persamaan, bukan kearah perbezaan. contoh perbezaan politik, agama, bangsa dan status.
   3. Yakin Allah akan membalas jasa yang setimpal dengan usaha yang kita lakukan. Allah yang menjaga anak anak kita apabila mereka ditinggalkan akibat dari masa kita bersama masyarakat.
   4. Semangat berpasukan, berat sama di pikul, ringan sama di jinjing.
   5. Pada peringkat permulaan, buangkan rasa malu, kita mula kan dulu dengan aktiviti yang kecil, seperti rumah terbuka, family day atau sessi usrah .... kemudian bersama memeriahkan nya...

Kenapa kita perlu melakukannya.... "adakah kamu mengira kamu telah beriman sebelum kamu di uji" (2:214)


No comments: